KEJAYAAN SKSAR
Pada 2/3/2013 2 orang murid SK Sri Adika Raja telah mewakili Daerah Hulu Perak dalam pertandingan catur yang telah diadakan di SMK Teknik Gerik. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia kerana telah Berjaya merangkul tempat kedua dan keempat dalam pertandingan tersebut. Kejayaan anak-anak ini adalah dibawah bimbingan Pn Hjh Salbiah bt Yahya dan Pn Chua Lai Meng. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Damia dan adik Mohd Irfan yang telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja dan sekaligus menaikkan nama Hulu Perak. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami warga Adikarian. Semoga Adikarian terus menempa kejayaan demi kejayaan pada setiap pertandingan yang bakal diadakan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment